Sunday, 16 December 2012

BBK 3408 SASTERA DALAM MULTIMEDIA

Hai semua. :) Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kita iaitu Prof. Madya Dr. Arba'ie Bin Sujud kerana mengendalikan kelas dengan begitu baik. Setiap pengajaran yang disampaikan boleh difahami. Waktu kelas juga tidak membosankan kerana Dr. pandai menarik perhatian dengan lawak-lawak yang mencuit hati yang menyebabkan saya tidak mengantuk. :-D Di samping itu, banyak perkara baru yang saya pelajari daripada subjek ini seperti menukarkan bentuk penyampaian teks kepada video.

Kelas Tutorial juga sangat membantu dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Terima kasih kepada akak-akak grf yang comel iaitu Kak Wany dan Kak Intan. Akak berdua sangat membantu saya dalam subjek ini. Banyak perisian yang dapat dipelajari seperti adobe photoshop, movie maker, powerpoint serta cara-cara membuat blog (sangat-sangat memeningkan...heheee...) dan weebly. Selain itu, saya juga mempelajari cara-cara membuat poster dengan menggunakan perisian adobe photoshop serta membuat video dengan movie maker.

Kepada rakan-rakan sekelas merangkap coursemate, terima kasih juga dengan tunjuk ajar yang diberikan. <3 u all...

Terima kasih sekali lagi lagi kepada Dr. Arba'ie, akak grf dan rakan-rakan. Subjek sastera dalam multimedia ini memang berlainan daripada subjek-subjek yang lain. Kepada coursemate, good luck for final exam..:)...

No comments:

Post a Comment