Monday, 10 December 2012

SAHABAT


Sahabat
Kau memberikan semuanya
Gembira
Sedih
Kecewa
Semangat
Suka
Duka
Riangria
Airmata
Ketawa

Kerana kau aku merasakan segalanya
Manis
Masam
Pahit
Tawar
Payau
Pedas
Maung
Hambar
Kelat

Kerana kau aku menjadi kuat
Bila duka menyelimuti jiwa
Kau memberikan penawarnya
Dengan kata semangatmu
Menguatkan hati kecewa

Bila hati merintih pilu
Kau menghiburku dengan pujuk rayu
Bila keresahan memenuhi sanubari
Kau meghulurkan senyummu
Menyapa tangkai hatiku
Mengurangkan resahku
Memberi damai
Meredakan segala rasa
Membawaku bangkit semula

No comments:

Post a Comment